Perkhidmatan Menguruskan Pembahagian Lot Tanah kepada Bahagian Baharu Secara Sah dan Tersusun
Pecah sempadan atau pecah bahagian merupakan proses penting dalam pengurusan tanah apabila pemilik ingin membahagikan satu lot tanah kepada beberapa lot kecil yang berasingan. Proses ini dilakukan atas pelbagai tujuan, antaranya bagi pewarisan harta pusaka, pemindahan milik kepada ahli keluarga atau pihak ketiga, serta sebagai persediaan untuk projek pembangunan hartanah seperti pembinaan rumah kediaman, rumah kedai atau kilang.
Geo Consultant menawarkan perkhidmatan lengkap bagi pecah sempadan dan pecah bahagian, merangkumi kerja ukur tapak, penyediaan pelan pecahan, serta pengurusan permohonan kelulusan dengan Pejabat Tanah dan agensi berkaitan.