Perkhidmatan Menyediakan Peta Keadaan Muka Bumi yang Terperinci untuk Tujuan Perancangan, Rekabentuk dan Pembangunan
Geo Consultant menawarkan perkhidmatan ukur topografi yang penting dalam pelbagai projek pembangunan dan penyelidikan. Ukur topografi merupakan proses pengukuran permukaan bumi untuk mendapatkan maklumat tentang bentuk muka bumi, termasuk ketinggian (elevasi), kontur tanah, cerun, serta ciri-ciri fizikal semula jadi dan buatan manusia seperti parit, jalan, bangunan, sungai, pokok dan sebagainya.
Peta atau pelan topografi yang dihasilkan daripada kerja ukur ini adalah asas penting dalam kerja-kerja perancangan kejuruteraan, seni bina, pembangunan infrastruktur, rekabentuk bangunan, serta kajian-kajian alam sekitar dan geoteknikal.